Wednesday, October 29, 2008

SATU LAGI ROMPAKAN 1.67B BERJAYA DIPATAHKAN

Satu rompakan besar duit rakyat yang telah lama di rancang telah dapat di gagalkan petang tadi.Rompakan ini telah dirancang dengan licik sekali tetapi masih dapat digagalkan.Rompakan RM 1.67 bilion ini telah digagalkan oleh rakyat Malaysia. Rakyat Malaysia telah bagun sebaris menentang rompakan Eurokopter EC725.

Minggu lepas satu gerombolan perompak dari kumpulan yang sama telah berjaya merompak Rm5 bilion duit KWSP. Ketika berita ini ditulis orang ramai masih lagi sedang mencari nama-nama perompak yang akan mendapat agihan duit rompakan RM 5 bilion itu.Rakyat Malaysia di minta berjaga-jaga kerana lanun-lanun dan perompak-perompak ini masih berkeliaran. Perompak ini akan terus beruasaha walau pun kali ini rompakan mereka telah digagalkan.

Rakyat Malaysia wajib berwaspada kerana perompak ini sedang menggunakan nama jalan tulisan Jawi, Cina dan India untuk mengabui mata orang ramai. Rakyat Malaysia juga diingatkan agar berwaspada agar tidak termakan racun perompak ini hingga menjadi lalai. Perompak ini sedang menimbulkan hal ekuiti harta rompakan mereka yang mereka anggap masih belum mencukupi.

Rakyat Malaysia jangan termakan racun ekuiti ini kerana ini ialah sebahagian dari taktik untuk melahirkan sangka buruk antara kita sesama kita. Bila kita bergaduh sesama sendiri maka inilah masa yang terbaik untuk mereka merompak.Perompak dan penjarah ini memang cekap dalam pengunaan taktik Orang Melayu benci Orang Cina , Orang Melayu benci Orang India dalam usaha rompakan mereka.Rakyat Malaysia diingatkan agar jangan lupa kepada satu jampi yang cukup mujarab untuk melawan perompak-perompak ini. Jampi ini ialah : Rakyat Bersatu Tidak Akan Di Tipu - ( Laporan Ajensi Berita TT)

Tuesday, July 22, 2008

Kereta elektrik...kisah dalam kelambu paklah

Jean : Abang!, sayang rasa abang kenalah turunkan harga petrol, abang tak tau ke harga minyak dunia dah turun!

Dolah : Eh ye ke turun, ooo lupa pulak, abang tido masa taklimat kat kabinet tadi.....ala sayang ni, biarkan ajelah, tak payah sibuk2 pasal harga minyak tu, kita pun bukan kena bayar pun pakai minyak! Kalau rm10 seliter pun, kerajaan yang bayar kan....pasal orang ramai tu lantak depa la!...tul tak sayang (dolah tersenyum sambil memaut pinggang jean, dolah cuba nak buat french kiss kat jean, tapi ditepis sebab belum gosok gigi)

Jean : wah!...bijak jugak abg ni...tak sangka jean ada suami yang mempunyai pandangan yang jauh macam abang! Dalam slow2 abang ni, ada jugak cerdiknya....memang tajam pemikiran abang!..kalau lah dengar dek anwar tu, confirm tak dapat jawab dia...dengan sha beri beri, boleh la dia makan, sampai berbuih-buih mulut sha beri beri tu kan bang!..

Dolah : beri-beri tu memang mengada-ngada...nak tunjuk pandai konon (dolah mula menguap)...

Jean : Abang nih, dah mula menguap, nak tido la tu, baru pukul lapan la bang!...tadi siang bukan main lagi abang lancarkan kereta elektrik...untung ke bang?

Dolah : mesti la untung, abang dah kira kosnyer, memang kita boleh dapat juta2 punya. Ala abang dah arahkan proton kuar duit buat kajian, kalau x cukup, kerajaan boleh kuar belanja...abang kan perdana menteri. Nanti dah dapat hasil kajian tu, kita bukak la syarikat...pakai nama anak sayang...! mesti untung banyak...rakyat confirm beli sebab depa terhimpit dgn harga minyak ni!...kalau tak laku jugak, abang arahkan kenderaan kerajaan wajib pakai kereta elektrik!...tul tak sayang!

Jean : Nanti kalau si najeeb tu bising camne bang?

Dolah : Berani najeeb nak bising?...telur dia abang dah picit!...banyak cerita, abang kuar balik cita Altantuya kena letup C4 tu!..

Jean : Wahhhh!, memang abang ni cukup bergeliga!...sayang pun tak terfikir lansung sampai ke situ...Jepun yang dah lama keluarkan kereta pun tak terfikir nak buat kereta elektrik! abang!, nanti kalau dah untung, bagi sayang 10 juta dah ler ye bang!, sayang dah lama tak pegi shoping kat USA...tak pun UK...rusmah gedabak tu kata barang kat sana mahal2...sayang memang suka barang2 mahal nih....baru leh tayang kat depa!...siapa yang dapat nama nanti...abang jugak kan!...kan!...kan!...bang

Dolah : zzzzzZZZZZZzzzzzZZZZzzzzzZZZZZzzzzzzZZZZzzzzzzZZZZZzzzzZZZZzzzzzzzZZZZ

Jean : La dah tido orang tua nih!..


pertamakaliku

Assalamualaikum
semua kawan-kawan....kali pertama berada dalam dunia blog, rasa teruja sangat...miqa tak pandai menulis, tapi komplen tulisan orang lain bolehlah...biasakla tu...oklah, nanti miqa tulis lagi, tak sabar nak tengok blog miqa nih...huhuhuhu..